Qis Catering & Canopy merupakan syarikat catering melayu yang berpengalaman dalam menyediakan pelbagai jenis masakan untuk pelbagai majlis seperti Majlis Perkahwinan, Majlis Berbuka Puasa, Majlis Keramaian, Majlis Kesyukuran, Majlis Rumah Terbuka Hari Raya dan sebagainya. Upacara perkahwinan pula tidak akan lengkap tanpa pakej sajian atau hidangan makanan untuk tetamu. Kami di Qis Catering akan memastikan perkara yang paling penting ini, akan di selenggara sempurna di hari majlis anda dengan menu katering dan perkhidmatan yang cekap dan pantas. Kami juga menyediakan sajian secara Buffet, Stall, BBQ dan lain-lain. Syarikat kami ini telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Kementerian Kewangan Malaysia.
Syarikat yang diusahakan oleh Encik Azlin dan isterinya ini, yang berbekalkan pengalaman yang luas serta tenaga pekerja yang professional, berupaya menyediakan makanan untuk bilangan tetamu sehingga 10,000 orang dalam satu masa. Qis Catering adalah 100% hak milik penuh bumiputra dan beroperasi sepenuhnya di sekitar Lembah Klang, Kuala Lumpur dan Selangor. Walaubagaimanapun kami juga bersedia memenuhi permintaan di luar Kuala Lumpur dan di sekitar tanah air, jika ada permintaan.
Misi Dan Visi
Visi Untuk menyediakan makanan yang berkualiti dan halal serta perkidmatan katering yang berdaya saing dan efektif dari segi kos dan perlaksanaan.
Misi Untuk menjadi salah satu syarikat katering yang ternama dan terbilang di Kuala Lumpu dan Selangor.